Friday, 9 March 2012

Natasya Resort - Selesa Tapi Sunyi

Masa aku balik cuti kat Malaysia bulan lepas, aku dan isteri pun ambil kesempatan untuk bersiar-siar, atau senang cerita bulan madu lah. Dalam masa sehari je, kami decide nak pergi Cameron Highlands dan terus booking hotel di Natasya Resort. Kalau tengok dalam website memang isteri akulah yang beriya-iya sangat nak tidur kat sini, sebab ada bathtub katanya..ehemm..hehe..


Depan Natasya Resort.

Jadi, aku pun dengan rasa yang nak gembirakan isteri aku setelah lama tak jumpa, bookinglah untuk 2 malam. Harga untuk 2 malam dalam RM 340 lebih kurang. Bagi aku, harganya berpatutan dengan saiz bilik yang lebih kurang ala-ala apartment gitu.

Bila dah sampai, dapat nombor bilik, terus pergi, masa tu dalam hati nak baring je, lepas hampir 5 jam drive dari Kuantan. Sampai depan bangunan yang terletaknya bilik kami, isteri aku da buat muka cuak, aku pun sama jugaklah..keh3..kenapalah sunyi sangat tempat ni dalam hati. Tapi mahu tak mahu, duit dah bayar dah pun. Angkat barang semua, sambil cari bilik, tengok-tengok bilik kami ni bawah tanah. Lagilah rasa seram sejuk. Tambahan pulak bila tengok kat parking takde kereta lain pulak. Tapi lepas tu terpikir, pergi weekdays, memanglah takde orang. Aku cakaplah macam tu kat isteri aku, supaya die takde nak takut-takut lagi, manelah tahu nanti dia kata nak tukar hotel..mak aih,rabak poket..keh3..

Tapi semua perasaan tu hilang bila da masuk bilik. Memang rasa berbaloilah bayar, dengan suasana bilik yang cantik, sejuk dan selesa sangat. Ada 2 bilik air, dapur, ruang tamu dan bilik tidur, sesuai sangatlah untuk orang yang da berkeluarga dan yang nak bulan madu.


Sofa yang empuk kat ruang tamu.

Natasya Resort ni senang je nak cari. Lokasinya bersebelahan dengan Equatorial Hotel. Bandar yang paling dekat, Brinchang. Tempat ni memang yang paling atas di Cemeron Highlands, sebab tu suhunya agak rendah. 

Ada beberapa keping gambar lagi kat bawah yang sempat disnapkan. Enjoice.


Meja dekat beranda luar.


Snap dari beranda. Pemandangan yang cantik dan nyaman.


Ni set beranda. Minum petang sambil angin sepoi-sepoi bahasa.


Katil ada dua. Tapi satu je guna..=p..


Ada bathtub..yeay!



TV ada Astro


Dapur. Siap peti ais.

Ok, overall duduk kat sini memang ok, tapi sebenarnya kalau kita bersama orang yang tersayang kat mana-mana pun best ye dok?keh3..  








Wednesday, 7 March 2012

Setahun 3 kali!



Sebenarnya, dah lama tak buka blog ni. Password pun main cuba-cuba, selamat ingat lagi. Sedar tak sedar sebenarnya dah lama rupanya blog ni wujud. Asal usul blog ni wujud pun, bukannya ada tujuan. Semuanya sebab aku ikut-ikut trend orang. Sibuk nak berblogging, tengok kawan ada blog kadang-kadang rasa macam cool pulak. Tapi biasalah, benda yang kita buat tanpa soul ni, memang mudah je hilang semangatnya. Haha.

 Suatu hari masa aku balik Malaysia bulan lepas, aku pinjamlah laptop isteri aku. Bila buka je google chrome, nampak page blog ariff sebagai fovourite page. Hahaha barulah aku tau, yang isteri aku pembaca senyap blog mamat nih. Mamat ni pun bukannya aku tak kenal, kawan satu batch belajar kat Moscow nih. Dalam hati rasa cam tercabar jugak, apahal lah bini aku minat sangat baca bloh dia nih.(Jeles lah konon..keh3)

So, bila dia balik kerja...

"Minat sungguh baca blog arip ni ye?", aku tanya.

"Ha ah, bolehlah tau Moscow ni macam mana. Lepas tu manalah tau kot-kot dia ada tulis pasal abang. Nak harapkan blog abang tuh. Beribu-ribu kali lawat takde yang baru pun.", isteri aku jawab.

"Alah..mamat ni poyo..", aku cakap dengan nada jeles tapi takde niat yang serius nak kutuk Ariffshah..keh3

"Jeleslah tuh, blog dia ni bagus, ada banyak info bla..bla..bla..", bini aku cerita panjang lebar.

Hari ni, aku buka blog ni, aku tengok ada 6 post je dalam masa 2 tahun, 3 post untuk setahun..keh3..memang hangat-hangat tahi ayam je dulu. Jadi untuk memulakan tradisi 3 kali setahun ni, aku pun tulislah post ni sebagai post yang pertama bagi tahun 2012. Dan post ni ditulis khas untuk isteri tercinta Siti Nor An'Nisa Nordin. Semoga tak kempunan baca blog kacangdada ni. Hehe.

I love you sayang!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...