Masa aku balik cuti kat Malaysia bulan lepas, aku dan isteri pun ambil kesempatan untuk bersiar-siar, atau senang cerita bulan madu lah. Dalam masa sehari je, kami decide nak pergi Cameron Highlands dan terus booking hotel di Natasya Resort. Kalau tengok dalam website memang isteri akulah yang beriya-iya sangat nak tidur kat sini, sebab ada bathtub katanya..ehemm..hehe..
Jadi, aku pun dengan rasa yang nak gembirakan isteri aku setelah lama tak jumpa, bookinglah untuk 2 malam. Harga untuk 2 malam dalam RM 340 lebih kurang. Bagi aku, harganya berpatutan dengan saiz bilik yang lebih kurang ala-ala apartment gitu.
Bila dah sampai, dapat nombor bilik, terus pergi, masa tu dalam hati nak baring je, lepas hampir 5 jam drive dari Kuantan. Sampai depan bangunan yang terletaknya bilik kami, isteri aku da buat muka cuak, aku pun sama jugaklah..keh3..kenapalah sunyi sangat tempat ni dalam hati. Tapi mahu tak mahu, duit dah bayar dah pun. Angkat barang semua, sambil cari bilik, tengok-tengok bilik kami ni bawah tanah. Lagilah rasa seram sejuk. Tambahan pulak bila tengok kat parking takde kereta lain pulak. Tapi lepas tu terpikir, pergi weekdays, memanglah takde orang. Aku cakaplah macam tu kat isteri aku, supaya die takde nak takut-takut lagi, manelah tahu nanti dia kata nak tukar hotel..mak aih,rabak poket..keh3..
Tapi semua perasaan tu hilang bila da masuk bilik. Memang rasa berbaloilah bayar, dengan suasana bilik yang cantik, sejuk dan selesa sangat. Ada 2 bilik air, dapur, ruang tamu dan bilik tidur, sesuai sangatlah untuk orang yang da berkeluarga dan yang nak bulan madu.
Depan Natasya Resort.

Sofa yang empuk kat ruang tamu.
Natasya Resort ni senang je nak cari. Lokasinya bersebelahan dengan Equatorial Hotel. Bandar yang paling dekat, Brinchang. Tempat ni memang yang paling atas di Cemeron Highlands, sebab tu suhunya agak rendah.
Ada beberapa keping gambar lagi kat bawah yang sempat disnapkan. Enjoice.
Meja dekat beranda luar.
Snap dari beranda. Pemandangan yang cantik dan nyaman.
Ni set beranda. Minum petang sambil angin sepoi-sepoi bahasa.
Katil ada dua. Tapi satu je guna..=p..
Ada bathtub..yeay!
TV ada Astro
Dapur. Siap peti ais.
Ok, overall duduk kat sini memang ok, tapi sebenarnya kalau kita bersama orang yang tersayang kat mana-mana pun best ye dok?keh3..