Tuesday, 8 November 2011

Ayuh bangkit Harimau Muda!




Tak dapat balas dendam! Malaysia semalam, sekali lagi gagal untuk menang lawan Singapore. Walaupun result semalam seri 0-0, tapi bagi aku kita tetap kalah. Rata-rata pemain Malaysia, banyak pengalaman berbanding pemain-pemain Singapore. Daripada goalkeeper sampai ke serangan, kita ada pemain bergelar Harimau Malaya, bukan sekadar Harimau Muda. Sedangkan Young Lion, rata-ratanya pemain yang masih muda dan cetek pengalaman.
                
Bagi aku ketiadaan Wan Zack Haikal dan Gary Steven amat dirasai, khususnya pada bahagian midfield dan serangan. Ahmad Fakri Saarani semalam main di bawah keupayaan sebenar, dan bahagian tengah Malaysia agak kurang kreatif. Sekadar perbandingan dengan skuad emas 2009, bahagian tengah masa tu diterajui Safiq Rahim, jadi memang skuad kita boleh kuasai tengah, atau sekurang-kurangnya dapat serap tekanan dengan baik. Mungkin dengan kehadiran K.Gurusamy untuk game lepas ni dapat ubah sikit rentak pasukan kita.


                
Apa-apapun perjuangan baru bermula. Dan aku yakin rata-rata penyokong Malaysia, masih menaruh harapan yang tinggi untuk skuad kita menang pingat emas. Jangan cepat menyerah kalah atau putus harapan. Kalau kita imbau balik kejayaan skuad  K. Rajagobal dalam Sukan Sea 2009 dan AFF 2010, Malaysia memang bergelut dalam peringkat kumpulan, tapi bila sudah masuk peringkat separuh akhir, skuad kita terus dapat form yang semua orang suka nak tengok.  Jadi dengan adanya Khairul Fahmi, Muslim, Fadhli Shas, Asra, Gurusamy, Badrol dan rakan-rakan yang lain, tak mustahil sejarah dan skrip yang sama bagi skuad kita akan berulang di bumi Indonesia.

Tanah Tumpahnya Darahku!


Wednesday, 2 November 2011

Lepas belajar..Kerja pulak..



Semalam ada perjumpaan budak-budak batch aku dengan seorang pelajar phd senior yang juga seorang lecturer di Unikl MIAT, yang umur lebih dewasa dari kami. Memandangkan, kami semua berada dalam tahun akhir pengajian, kami sembang-sembang pasal peluang pekerjaan, cara hadapi interview dengan baik dan macam-macam lagi.

Banyak jugakla input dan ilmu yang dia bagi. Sepatutnya sekarang , bagi pelajar-pelajar tahun akhir macam kami ni, dah start fikir tentang kerjaya apa yang nak diceburi nanti. Supaya nanti tak lah kelam kabut sangat.

Tapi aku sekarang pun tak pasti, apa yang aku nak. Tapi yang pastinya lecturer adalah salah satu pilihan. Aku teringin nak sambung lagi dapatkan phd, tapi dalam masa yang sama,teringin jugak nak dapatkan license untuk  aircraft engineer. Untuk phd, aku sekurang-kurangnya kena habiskan 3 tahun lg masa belajar, untuk license pulak 2 tahun belajar. Umm lama pulak tu, dan I’m married, jadi susah jugak aku nak bahagikan masa.

Apa yang aku plan sekarang, habis je master aku kat sini, aku nak try dapatkan kerja antara lecturer atau engineer untuk 3 tahun pertama. Dalam masa yang sama, aku akan try apply scholar untuk support aku ambik license aircraft engineer. Kalau semua berjalan lancar, sebelum umur aku 30 tahun aku dah ada lecense tu. Bila dah ada license tu, aku percaya masa depan aku akan lebih cerah.

Apa-apapun, rezeki semua di tangan tuhan. Kita merancang,tapi dialah sebaik-baik perancang. Kannn?? 


                                           

Tuesday, 1 November 2011

Seminggu lalu



                Seminggu yang penuh dengan tekanan. Tak kisahla di mana pun kita berada, tekanan hidup akan datang bila-bila masa je. Selalunya, masa kita tertekanlah baru kita ingat tuhan, mak ayah semua. Baru ingat nak telefon orang tua kita. Situasinya kadang-kadang terjadi jugak pada aku. Masa aku taip2 ni, baru lepas telefon orang-orang yang sepatutnya.
               
Betul la, kata orang. Suara orang-orang yang ikhlas sayang kita ni macam magic, walau kita tak bagitau pun masalah kita, suara diorang akan buat kita cool down. Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi bagi aku..ya, ianya sangat menenangkan mendengar suara abah aku.
               
Macam biasala, bila kepala aku serabut, selalunya aku akan cari jalan macam mana nak hilangkan serabut ni. Cara paling mudah untuk kembalikan motivasi bg aku ,guna internet. Tapi bukan tengok porn. Hehe.
              
Mase dok ralit tengah berinternet tadi,aku jumpalah satu laman web orang putih cerita pasal 101 cara untuk menjalani hidup kita ni dengan hebat. Aku baca 10 cara yang pertama je aku dah dapat balik semangat. Guess what, dalam 10 cara yang pertama tu, satu pun tak kena kat batang hidung aku. Barulah aku realize yang selama ni hidup aku ni,lebih kurang macam mayat berjalan takde hala tuju. Bila fikir-fikir balik, betul jugak, dah hampir 5 tahun lebih aku duduk kat Moscow ni, memang banyak impak negatif daripada positif yang aku dapat.
               
Kalau ada yang nak baca, benda yang aku baca boleh pergi kat sini

Ambik je langkah pertama, mulakan hari baru dengan nafas baru,semangat baru, azam baru. Lupakan perkara semalam yang menyemakkan kepala, sebab hidup kita terlalu singkat untuk stress, sedih semua ni.kannn?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...