Friday, 12 November 2010

Hebat Ke, Kalau Dapat Belajar Kat Oversea?


Kawan: Salam bro,ape cer? Dah lama belajar kat sana? Bila nak balik? Kalau balik gaji memang   kaw2          punyalah. Study oversea la katakana.hehe.
Aku: Belum lagi, lagi 2 tahun. Ko sekarang kat mane?
Kawan: Aku kat IPTA jer bro, takdelah hebat cam hang.

Rata-rata kalau aku sembang dengan kawan-kawan kat Malaysia(bukan semua), ayat diorang mesti macam tu. Ya, 5 tahun lepas pemikiran aku pun sama. Belajar di seberang laut  nampak macam gah, ada gaya dan menunjukkan status intelektual seseorang. Tapi lepas dah lama aku kat bumi Moscow ni, pendapat aku berubah.

Belajar bagi aku, kat mana-mana pun sama. Yang penting cara kita adaptasi dan menggunakan peluang belajar. Tak semestinya, bila dapat pergi belajar oversea kita akan jadi lebih bagus, tapi advantagenye  kita dapat peluang untuk buka minda kita dengan lebih luas dengan persekitaran yang berbeza dari negara sendiri.  

Tapi kelemahannya, bila kita tak dapat control diri dengan persekitaran baru, dan terus hanyut.
Student tajaan macam aku,kadang-kadang ada yang tak pernah merasa pegang duit banyak. So, bila sebulan penaja bagi dalam rm3000,memang naik tocanglah kan. Lepas tu,belajar semua lupa. Kat tempat aku belajar sekarang dah ada hampir seratus student Malaysia. Rata-rata aku rasa, semua masih ingat diri lagi. Kalau ada pun masalah,adelah sorang dua. Tapi still terkawal.

Belajar di Moscow
Belajar kat Negara sejuk macam kat Moscow ni memang banyak cabaran. Tambah pulak dengan bahasa Rusia yang aku rasa antara bahasa yang paling payah kot. Kat Uni aku, takde guna bahasa inggeris so memang sakitla jugak nak catch up study. Banyak benda tak faham. Tapi alhamdulilah, aku dapat jugak habiskan ijazah pertama aku kat sini bulan Jun lepas. Dan disebabkan kontrak aku dengan MARA ada lagi setahun lebih,aku decide nak sambung Master kat sini lagi  2 tahun (aku ambil masa setahun fikir, untuk buat keputusan sambung belajar lagi).

Kadang-kadang aku teringin jugak nak sambung belajar kat Malaysia. Bukan ape, majlis konvo kat Malaysia adalah antara yang paling meriah aku rasa. Kat Rusia ni,tak dapatla macam tu. Dan lagi satu, mak abah aku boleh tengok aku ambil ijazah. Kesian diorang sekali pun tak pernah tengok anak sendiri ambil ijazah. Kalau adapun,masa aku graduasi dari MrsM Pasir SaLak dulu.hehe.

Satu lagi sebab yang aku rasa study kat Malaysia ni best, sebab aku tengok ramai dah kawan-kawan aku yang Berjaya dalam bidang masing-masing. Jadi, maksudnya study kat mana-mana pun sama. Yang penting keinginan serta niat kita dalam mencapai apa yang kita mahu dalam hidup.^_^

" Every time we fall in life, we give up.
We give up our dreams, give up ourselves.

Waves are inspiring, not because they rise and fall;
But because each time they fall, they never fail to rise again.

To win, you need to try. Try till you win.


Thursday, 11 November 2010

2 Minggu: Angel VS Evil



2 Minggu yang terakhir ni,sangat berbeza untuk aku. Minggu lepas, aku amatla rajin rasanya. Pergi kelas awal, balik kelas study, masak makan on time, tidur pun on time, bangun pun on time, pendek kata hidup aku memang sangat tersusun dan kemas. Tapi minggu ni semua jadi sebaliknya. Sebab tu tajuk post ni Angel vs Evil.

So, aku rasa keadaan macam ni, bukan aku je yang pernah rasa. Semua orang pun pernah rasa macam tu,aku pasti. So sebenarnya,ape punca masalah tu?

1)Tidak konsisten
Konsisten adalah element yang paling penting dalam hidup. Kita buat apa pun,perlu konsisten ataupun perlu istiqamah untuk dapat result yang terbaik tentang perkara yang tengah kita usahakan. Jadi kesilapan aku adalah, aku tak konsisten dengan rutin harian aku. Aku tak ikut jadual yang aku buat. Dan aku lalai, dengan membuat perkara-perkara yang bukan pada paras priority yang tinggi. Contohnya, macam tengok cerita korea..hehe..
Solution: Buat satu jadual rutin,yang lebih realistik, supaya tak tertekan dengan bebanan kerja yang banyak.

2)Tidak ada matlamat yang jelas.
Aku study,baca sana sini semua. Tapi sebenarnya aku terfikir, yang aku takde matlamat yang jelas. Aku baca untuk ape? Aku gunakan bile? Apa keuntungan yang aku dapat kalau aku baca semua ni? Soalan-soalan yang bermain dalam fikiran aku,yang menyebabkan aku rasa, hidup aku perlu ada matlamat yang lebih jelas. Perlu ada matlamat jangkamasa pendek dan panjang, supaya aku terus bermotivasi dalam jalani kehidupan.
Solution: Bina matlamat. Contohnya,dapat fullmark dalam test/exam yang akan datang.

3) Kehidupan seimbang
Kadang-kadang kalau kita study/kerja je,boleh jadi gila dan membosankan. Macam aku kat sini,memang banyak sangat lepak kat bilik,ngadap laptop. So bila fikir-fikir balik, hidup aku sangat tak seimbang. Aku rasa, manusia adelah sejenis spesis yang perlu bersosial,perlu ada rakan,perlu ade teman,dan perlu ada yang istimewa. Gabungan semua ni akan member kekuatan dalaman,dan membuatkan manusia lebih gembira dan bersemangat dalam hidup. Juga, manusia perlu rasa disayangi dan menyayangi.
Solution: Cari keseimbangan.


Haa..cukuplah 3 je. Lagipun aku bukan pandai sangat nak bagi-bagi nasihat kat orang. Ini semua, aku tulis untuk diri aku,yang dalam seminggu ni dah rasa ke laut dah. Hanyut entah kemana.Hehe.

p/s: Moscow dah turun salji. Uhh..sejuk dan malas bertambah!

Wednesday, 10 November 2010

Encik Blog, Harap Kamu Dapat Survive Lama!



Aha..Sebenarnya dah beberapa kali jugak aku try buat blog,tapi macam biasalah semuanya semangat hangat-hangat najis ayam je. So aku harap untuk yang ini,bolehlah beliau bertahan lama sikit. Lagipun, dulu masa aku buat blog,salah satu faktor yang menyebabkan aku tak dapat tulis selalu,sebab aku sangat stress dengan kehidupan sebagai pelajar undergraduate. Jadi sekarang rasanya bolehlah,kalau nak selalu merepek kat blog ni. Sebab kelas pun tak banyak macam dulu.

Kenapa tulis blog?

Sunyi,bosan dan nak cari hiburan untuk diri sendiri.Aku bukan belajar kat Malaysia,so family jauh, awek pun jauh, so harap-harap dapatlah blog ni tolong aku membunuh masa dengan cara yang berfaedah lagi ilmiah. Dan aku jugak rasa yang blog dapat buatkan diri kita lagi berdisplin dan pandai menguruskan masa. Dan ya! blog boleh menajam serta mematangkan tahap pemikiran seseorang!

Apa yang aku nak tulis?

Dah nama pun blog aku kan. So banyak tentang aku mestinya kan? Apa-apa yang aku minat aku tulislah kat 
sini.

Kenapa KacangDada?

Haha..KacangDada kalau kita terjemahkan kepada bahasa Inggeris jadi apa? Maybe sebab kadang-kadang aku suke berangan, dan buah tu ade sentimental value pada aku. Takde sebab-sebab lain pun. ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...